Sunday, March 15, 2009
Terima Kasih Cinta.....

~tajuk diatas xde kna ngan entry kite ari ni. hehe...skrg tgh layan lagu Terima Kasih Cinta - afgan... syokk..nak bace entry ni msti bersame2 dgr lagu ni yer..barulah ade feeling skit..hehe.. entry kite ari ni bulan copy paste dr buletin board frenster.. sgt mendalam maksudnye..sile bace yer..=)~

-RUMPUT PALING CANTIK-

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang berbincang tentang topik kasih dan sayang.
Dialog di antara pelajar dan guru...
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, kamu nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik kat luar sana. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



~BulanPurnama~


ceriterapelangi hoped.
12:42 AM
0 comments


Friday, February 20, 2009
third person?

pernah x fikir org ketiga tu bagaimane? esp in love relationship..org ketiga boley jd org yg x penting di hati org itu n dlm sekelip mate bertukar to the most important person..die boley dianggap baik atau kejam..baik kerana die x tau status sebenar lelaki @ perempuan itu..n kejam kerana die tau status sebenar..tp still x dpt lepaskan org itu..kerana org itu pun ade perasaan yg same..x kire laa jumpe dier 3 hari, or 3 bulan jer..yg 3 taun confirm kalah..so bile bende ni terjadi..sape pule yg akan bertukar jd the third person? mestilaa org yg in relationship ngn lelaki atau perempuan itu..sape yg merana..mesti laa org itu juge..n sape yg bahagia..mesti laa diorg..idup dlm tangisan org lain..bahagia kah? x rase bersalah ke bile terjumpe org yg dianiaya dimane2? or rase malu ker? mayb tidak untuk diorg..kerana cinta melepasi segale2 nyer..even org itu pernah jd org yg diorg sayang giler..hohoho

-sinarmentari-


ceriterapelangi hoped.
3:57 PM
0 comments


Soalnya Hati

hari ini bulan nak cerita tentang topic 'kenapa hati mudah berubah'
kita selalu dengar pepatah ini kan..rambut same hitam, tapi hati lain-lain......
yep..memang betul..anak sungai pun boleh berubah..apatah lagi hati manusia.....
tapi persoalannya bagaimana relationship yang dibina bertahun-tahun lamanya boleh runtuh begitu saja?......
alasan...kerana hati sudah tiada rasa sayang...
perkara ini sering terjadi baik lelaki mahupun perempuan
bulan tak nak menuding jari pada sesiapa
kerana bila tanya kaum lelaki..mereka kata perempuan mudah berubah hati
bila tanya kaum perempuan..mereka kata lelakilah yang mudah berubah hati
apapun.. yang bulan ingin tekankan di sini...
kita tahu manusia mudah berubah hati..
yang teraniaya akan rasa sakit hati
lalu adakah perbuatan yang kita lakukan itu membuatkan kita rasa senang hati?
mungkin satu hari nanti kita juga akan terluka hati
oleh itu semailah benih cinta di dalam hati
kerana antara cinta dan sayang.. cinta lebih kukuh di hati...


sekian dari bulanpurnama =)


ceriterapelangi hoped.
12:35 PM
1 comments


Wednesday, February 18, 2009
Impak dan kawan?

Korang tau tak siapa yg beri impak dalam hidup korang? Mesti suma akan automatic teringat parents kan. Aku pun camtu. Tapi sebenarnya ramai jer yang bg impact dlm life kita seharian,dlm sedar atau tak,sama ada positif or negatif. Tak kira la orang tu korg kenal ke strangers, beggars kat tepi jalan pun boley dikategorikan sbg impak tau.

Inikan pulak kawan-kawan yg kita spend most of our time with kan. Haa,impak yg aku nk ckp ni ialah impak kawan-kawan dlm life. Bagi aku,kawan-kawan mmg la tersgt important.Aku nie la jenis tak buley hidup sorang-sorang,buley jd gila kot.Tambah-tambah,bila dah study kt Uni or keja.Bila family da jauh,kawan-kawan la jd tempat mengadu sakit pening,share happy and sad moments,kongsi kisah cinta bagai pendek kata semua menda nk cerita kat kawan. Ada sesetengah orang yg lucky gila,senang jer dapat clique of bestfriends.Ada pulak yg payah nk cari kawan sekepala.Memang susah nak cari kawan yg ketawa and nangis sama-sama.Backstabbers and org yg nak amik kesempatan atas generosity kita nk berkawan tuh berlambak ar.Sebab tuh la kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat companions yg kita ada.Do not take them for granted.

Aku pon bukanla kawan yg perfect sgt.Tue la tujuan aku tulis entry ni,sebab nak ingatkan aku dan kawan-kawan supaya appreciate friendship.Tanpa kita sedari,kawan-kawan la antara impak paling besar dlm life kita. Kat Uni nie,kawan-kawan mempengaruhi jatuh bangun kawan yg lain.Sentiasa la bagi dorongan bukan hentam lg kawan-kawan.Mind our words,walau serapat mana pon kita,kawan pon manusia jugak,ada feelings.Jangan la blow our own horn bila kita da berjaya capai sesuatu bila kawan kita tertinggal di belakang.Bagila words of encouragement untuk dia.Kalau dia ada masalah yg kita tak mampu tolong,at the least,tolong la dengar,lend your shoulder for her to cry on.A simple thank you or sorry from a bestfriend boley ceriakan hari2 kita tau.Treat kawan dgn respect.Senang cerita,do to people what you want people to do to you.

Impak seorang kawan nie boleh menjadi turning point dalam hidup kita,mengubah life kita kepada yg lebih baik.Maybe mampu point us to a bright future,insyaAllah.Actually,entry nie diinspired masa tgk series Desperate Housewives.Dalam episode tuh,ada seorang handyman ni yg byk influence life orang-orang kat Wisteria Lane.Diorang nie realize pon masa handyman nie da meninggal.Secara tak langsung,impak dia ni mengubah hidup mereka2 ini la.

Macam tak berapa nk sampai jer msg nie.Korang faham tak ar apa yg nk disampaikan nie?


Salam,
B.S.


ceriterapelangi hoped.
7:44 PM
2 comments


Tuesday, February 17, 2009

Bila hati berbicara...

tercetuslah satu mendalah yang tidak disangka-sangka ini. CERITERAPELANGI adalah sejenis blog untuk menetapkan pendapat yang mantooppp (gaya shamsul ngau2 dlm raja lwk) yang menjanjikan persoalan yang tidak terpesong, untuk meluahkan sebarang perasaan. jiwa kacau, rintihan hati, tangisan batin dan macam-macamlah. boleh juga dianggap sebagai satu laman untuk menceritakan perihal gelagat orang zaman sekarang (mengumpat ler tuh) ataupun lakaran kehidupan yang dicipta manusia itu sendiri. haa pendek cerita..apa-apa saja. yeay..ape2 aje..ape2 aje (nyanyi sejibik cm rancangan tv3 tuh ok) okay untuk makluman semua, blog ini hasil cetusan minda KAMI. bukan seorang, bukan juga berdua tetapi ber-enam (ala2 bapok gitu!haha). KAMI terdiri daripada BimaSakti, MataHari, BulanPurnama, KelipBintang, SangKomet dan HujanLebat. akhir kata, selamat meninjau blog yang tidak seberapa ini ya. salam permulaan dari KelipBintang. ngehee ^.^


ceriterapelangi hoped.
4:40 PM
0 comments